Matlamat-800

1. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Pengalaman dan pengetahuan berharga yang dimiliki oleh pegawai boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pelbagai idea dan pemikiran kreatif akan terhasil sekiranya ia dapat dikongsi bersama warga organisasi.

 

2. Memberi sokongan kepada perubahan.

Pegawai memerlukan pandangan dan pendapat daripada orang lain dalam menghadapi sebarang bentuk perubahan. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai rakan yang berkebolehan dan berkemahiran untuk membantu menghadapi perubahan tersebut.

 

3. Memperkuatkan semangat dalam mengekalkan perubahan.

AKRAB diharap mampu membantu rakan sekerja agar perubahan positif dapat dikekalkan demi kecemerlangan diri dan organisasi.

 

4. Berkongsi permasalahan.

Perasaan dan emosi negatif yang dipendam akan mewujudkan konflik diri kepada pegawai. Oleh itu, ia perlu disalurkan secara positif. Justeru, ahli-ahli AKRAB boleh memainkan peranan penting dalam membantu pegawai untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman secara profesional.

 

5. Membentuk budaya kerja berpasukan.

Budaya tolong-menolong, pemupukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerja secara berpasukan yang diterapkan kepada ahli AKRAB

 

6. Meneguhkan perubahan yang dibuat.

Perubahan tingkah laku yang dilaksanakan oleh pegawai perlu diberi peneguhan dan kepastian agar perubahan tersebut berkekalan. Contohnya dengan cara memberi idea, atau maklum balas dan motivasi kepada rakan-rakan sekerja.