
Program : Bengkel Peningkatan Kemahiran AKRAB PKNS 2017
Tarikh : 17 – 19 Oktober 2016
Tempat : Dorsett Hotel Putrajaya
Kehadiran : Seramai 41/48 orang (85.4%)
Kandungan Program :
- Lawatan Ke Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) di Dengkel.
Sewaktu berada di CCRC, ahli-ahli AKRAB PKNS telah berpeluang mendengar taklimat daripada pihak pengurusan CCRC dan seterusnya mengadakan sesi berkongsi pengalaman secara berkumpulan bersama penagih dadah yang sedang dipulihkan.
- Pengenalan Asas Art Theraphy
Slot ini telah dikendalikan oleh Puan Jamaida yang merupakan pakar dalam pengurusan psikologi melalui Art Theraphy. Melalui slot ini, para peserta telah diberi pendedahan secara teori dan amali bagaimana Art Theraphy digunakan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan, serta emosi dari hati dan fikiran mereka. Terapi ini boleh digunakan dalam sesi bimbingan bagi membantu client atau pesakit mengungkapkan atau menzahirkan apa-apa yang tersembunyi di dalam perasaan mereka melalui lukisan yang mereka hasilkan.
- Mendinamik Kemahiran Sedia Ada
Dalam modul ini, para peserta diminta membincangkan cadangan penyelesaian dan pembentangan kes yang diberikan oleh penceramah secara berkumpulan. Slot ini juga adalah merupakan aktiviti ulangkaji bagi kemahiran asas sebagai ahli AKRAB.