KEAHLIAN AKRAB

 

Kriteria

Pemilihan Ahli-Ahli AKRAB adalah berdasarkan kepada kriteria seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling dalam Agensi. Sebagai panduan mewujudkan kelompok AKRAB, pemilihan ahli boleh dipilih di kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional atau kakitangan Kumpulan Sokongan.

 

Ahli yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Personaliti yang menarik, iaitu senang dan selesa didampingi;
  • Berminat dengan tugas membimbing/kaunseling dan sanggup menghadiri kursus berkaitan kaunseling;
  • Mempunyai ketahanan diri yang tinggi;
  • Kebolehan menilai dan menghayati perasaan orang lain;
  • Mempunyai integriti diri yang tinggi seperti jujur, amanah dan dipercayai;
  • Kebolehan menjadi pendengar yang baik.
  • Mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik; dan
  • Kesediaan melakukan kerja-kerja secara sukarela

 

Proses Perlantikan

Proses Perlantikan Ahli AKRAB melibatkan proses-proses berikut :

 

i) Bahagian Sumber Manusia menerima permohonan secara terus dari calon yang berminat atau pencalonan dari Ketua Bahagian masing-masing atau dipilih oleh Bahagian Sumber
   Manusia sendiri berdasarkan kriteria yang ditetapkan

ii) Penyelaras AKRAB mengadakan satu sesi taklimat kepada calon-calon bagi menerangkan apa itu AKRAB, skop khidmat Ahli AKRAB, syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi 

    tujuan pentauliahan dan hal-hal lain berkaitan AKRAB.

iii) Bahagian Sumber Manusia menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk menjadi Ahli AKRAB

iv) Bahagian Sumber Manusia akan mengemukakan cadangan nama kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK untuk pertimbangan dan kelulusan bagi tujuan proses
     lantikan seterusnya.

v) Calon-Calon yang terpilih perlu menghadiri Program Pra AKRAB iaitu :

 

- AKRAB Tahap 1
Memberi satu pemahaman awal kepada peserta mengenai perkhidmatan kaunseling

- AKRAB Tahap 2
Memberi pendedahan dan pemahaman lanjut berhubung perkhidmatan kaunseling. Peserta juga diberikan kemahiran-kemahiran berkaitan kaunseling kelompok, kaunseling keluarga, minda sihat, kesihatan mental serta pengurusan bakat dan kerjaya.

vi) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA akan menyelaras calon-calon yang lulus dengan jayanya Program AKRAB
     Tahap 1 dan AKRAB Tahap 2

vii) Calon-calon yang berjaya akan ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi JPA

PROSES LANTIKAN AHLI AKRAB

Penarikan Balik Perlantikan

Ketua Jabatan atau Penyelaras AKRAB akan memberi motivasi/nasihat kepada Ahli-Ahli AKRAB yang dikenalpasti seperti berikut :

i) tidak aktif; atau

ii) bermasalah; atau

iii) sedang dalam pemerhatian atau siasatan

 

Jika tiada perubahan selepas sesi tersebut, boleh disyorkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi untuk menarik balik perlantikan sebagai Ahli AKRAB.

Ahli-Ahli AKRAB yang disahkan melanggar Tatakelakuan Perkhidmatan Awam atau Etika Perhubungan AKRAB akan disyorkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi untuk menarik balik perlantikan sebagai Ahli AKRAB