Antara peranan yang boleh dimainkan oleh AKRAB dalam organisasi ialah:

  •  Membantu mewujudkan perkhidmatan penyayang di samping pendengar yang baik ke arah meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan;
  •  Membantu mempelopori program-program transformasi jabatan ke arah pembentukan budaya kerja yang beretika dan berdisiplin;
  •  Membantu menggalakkan dan meningkatkan semangat kekitaan;
  •  Mewujudkan sikap sopan satun dan hormat-menghormati;
  •  Membantu menggalakkan dan mengenengahkan kesedaran dan kefahaman tentang kebajikan, keperluan serta kepentingan rakan sejawat; dan
  •  Membantu mewujudkan suasana kerja yang ceria selalu dan harmoni.