AKRAB  direction    A: AMANAH  K: KOMITMEN  R: RASIONAL   A: AKHLAK   B: BESTARI

 

AKRAB – Amanah

  •  Tugas memikul amanah yang cukup berat kerana melibatkan rahsia dan maruah diri pegawai yang dibantu.
  •  Amanah ini perlu dipegang demi menjamin keprofesionalan dalam melaksanakan tugas serta menjaga kelangsungan perkhidmatan yang diberi.
  •  Kepercayaan pada diri Rakan Pembimbing dan peranannya banyak bergantung kepada sejauh mana Rakan Pembimbing itu dapat menjaga dan menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan.


AKRAB – Komitmen

  •  Menjaga amanah dan melaksanakan peranan pembimbing memerlukan komitmen yang jitu dan daya usaha yang bersungguh-sungguh.
  •  Tanpa komitmen, Rakan Pembimbing pastinya merasa tertekan, keliru dan terbeban dengan tugas-tugas harian serta peranan sebagai Rakan  Pembimbing.
  •  Komitmen yang tinggi, pembahagian masa, tenaga dan usaha dapat dilakukan bagi memastikan peranan sebagai pembimbing mampu dilaksanakan.

AKRAB – Rasional

  •  Rakan Pembimbing perlu rasional dengan berpegang kepada konsep penerimaan tanpa syarat semasa berperanan sebagai Rakan Pembimbing
  •  Ini penting supaya setiap pegawai yang memerlukan bantuan tidak dilabel dan diberikan tanggapan negative sebelum mereka diberikan bimbingan.

AKRAB – Akhlak

  •  Bagi memastikan peranan sebagai Rakan Pembimbing berkesan dan mencapai objektif, setiap Rakan Pembimbing perlu menyediakan diri dengan akhlak  yang mulia
  •  Akhlak sebagai Rakan Pembimbing seperti menepati masa, berakauntabiliti, berpegang pada janji, menghormati hak diri dan orang lain dan tidak  mengambil kesempatan
        atas kelemahan orang lain perlu ada pada diri setiap Rakan Pembimbing.
  •  Akhlak mulia ini seharusnya bukan sahaja pada kata-kata tetapi juga pengamalan dan sebati dalam diri Rakan Pembimbing itu sendiri.
  •  Penampilan diri dan akhlak mulia yang dipamerkan boleh menambahkan rasa percaya orang lain terhadap diri Rakan Pembimbing dan perkhidmatan  yang diberi.

AKRAB – Bestari

  •  Tugas membantu dan membimbing merupakan amalan mulia yang perlu ada pada semua insan

  • Meningkatkan rasa insaf dan kesedaran kendiri yang tinggi

  •  Menimbulkan kekuatan dalaman yang sangat membantu dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang tinggi