Berfokuskan kepada peningkatan kompetensi seperti berikut :

 

  •  Kompetensi Peribadi

    Menggambarkan bagaimana mengurus diri sendiri, sama ada menerima atau menghargai diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi dan motivasi berkesan.
  •  Kompetensi Sosial

    Merujuk tentang bagaimana menguruskan perhubungan melalui interaksi sosial. Proses sosial ini mengandungi elemen empati iaitu kesedaran mengenai perasaan, keperluan dan keprihatinan orang lain. Kemahiran bersosial iaitu kebolehan berhubung dan bekerjasama dengan orang lain.
  •  Kompetensi Budaya

    Merujuk tentang bagaimana menguruskan transformasi organisasi yang mengandungi elemen kesedaran tentang budaya organisasi lain (enlightment) serta pengurusan budaya kerja organisasi.
  •  Kompetensi Profesional

    Merujuk kepada pengetahuan dan pendekatan ahli AKRAB semasa memberi latihan atau bimbingan. Kecekapan menggunakan kaedah dan pendekatan yang professional dan mencari jalan penyelesaian masalah sesuatu isu yang dihadapi oleh rakan sekerja.