Kerahsiaan
Segala maklumat yang diceritakan kepada AKRAB adalah selamat dan tidak akan dibocorkan kepada orang lain. Maklumat hanya boleh diceritakan kepada pihak lain yang berkepentingan jika dapat membantu dengan syarat mendapat kebenaran rakan tersebut untuk maklumat tersebut diceritakan kepada pihak berkenaan.
Tidak Mengambil Kesempatan
Tidak akan mengambil kesempatan terhadap rakan yang meluahkan isi hati dan tidak akan bersikap “menangguk di air yang keruh”.
Bersikap Terbuka
Menerima semua rakan secara terbuka dan menerima persahabatan tanpa syarat serta tidak pilih kasih dalam menawarkan perkhidmatan menolong. Bersedia menerima teguran, pendapat dan pandangan orang lain terhadap sesuatu isu secara terbuka dan rasional.
Membimbing Rakan Hidup Berdikari
Tidak akan menggalakkan rakan yang dibimbing untuk sentiasa bergantung kepada Ahli AKRAB. Rakan tersebut seharusnya dibimbing ke arah hidup berdikari dan boleh membuat keputusan sendri serta bertanggungjawab terhadap keputusannya.
Mengekalkan Matlamat AKRAB
Sentiasa untuk menyumbang dan daya tindak kesukarelaan yang tinggi dalam organisasi.
Merujuk Kepada Rakan Pembimbing
Sentiasa menyedari keupayaan dan kemampuan dirinya untuk membimbing rakan. Ahli AKRAB yang berkenaan akan membuat rujukan kepada orang lain yang dapat membimbing rakannya dengan lebih berkesan jika beliau tidak mampu lagi membimbing rakannya. Jika rakannya tidak mahu dirujukkan kepada Ahli AKRAB yang lain, beliau haruslah menjelaskan limatasi dan kemampuan dirinya.
Mengimbang Keperluan
Harus menyedari keperluan diri, organisasi dan komuniti supaya dapat mengisi keperluan tersebut dengan seimbang. Boleh membahagikan masa dengan adil dan tepat dalam khidmat menolong dan dalam masa yang sama tidak terjejas kerja-kerja hakiki di jabatan.
Perkara yang boleh dilakukan oleh Ahli-Ahli AKRAB
Ahli-Ahli AKRAB perlulah mengamalkan tingkahlaku baik yang boleh dicontohi dan sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi.
Perkara yang TIDAK boleh dilakukan oleh Ahli-Ahli AKRAB
Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) AKRAB.