Pengenalan

Dalam Perkhidmatan Awam, empat (4) program utama telah digabungkan bagi mencapai hasrat mempertingkatkan kecemerlangan pegawai awam iaitu Program Pengupayaan Kendiri yang mana satu antaranya adalah Program Pembimbing Rakan Sekerja. Empat (4) Program Pengupayaan Kendiri tersebut adalah:

 

  •   Program Penilaian Pekerja;
  •   Program Pementoran;
  •   Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam; dan
  •   Program Kaunseling.

 

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai AKRAB merupakan program yang berkonsepkan kepada khidmat membimbing. Program ini telah dimulakan di perkhidmatan awam secara rasmi pada tahun 2005 dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di kementerian dan jabatan merupakan sokongan kepada aplikasi psikologi dalam intervensi dan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam.


Penubuhan AKRAB PKNS

Penubuhan AKRAB PKNS bermula pada tahun 2010.  Kumpulan pertama Ahli AKRAB PKNS seramai dua puluh empat (24) orang telah menerima pentauliahan sebagai Ahli AKRAB pada 22 November 2010.  Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pertama telah diadakan pada 18 Mac 2011.

Setakat ini seramai lima puluh satu (51) orang anggota dari pelbagai peringkat kumpulan kerja telah dilantik sebagai ahli AKRAB.