Nama Program: Retreat AKRAB PKNS
Tarikh: 11 - 13 November 2014
Lokasi: Avillion Hotel Melaka
Bilangan Peserta : 35 Orang
Penerangan:
Program Retreat AKRAB adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ahli-ahli AKRAB. Bagi Retreat 2014, beberapa aktiviti peningkatan kemahiran yang telah dilaksanakan adalah :
i. Mantap AKRAB 1: Penerokaan Diri
Penceramah Oleh :Puan Harzurita Hassan, Pegawai Psikologi Negeri
Slot yang disediakan adalah bagi kemahiran penerokaan diri secara asas di mana melalui slot ini ahli-ahli AKRAB berpeluang melihat potensi diri yang dikupas melalui lukisan.
ii. Mantap AKRAB 2: LDK - Kaunseling Berkelompok
Penceramah Oleh : Puan Harzurita Hassan, Pegawai Psikologi Negeri
Slot ini adalah untuk mendedahkan ahli-ahli AKRAB kepada kemahiran mengendalikan kaunseling berkelompok secara lebih berkesan dan teratur.
iii. Mantap AKRAB 3: Pengurusan Minda
Penceramah Oleh : Puan Harzurita Hassan, Pegawai Psikologi Negeri
Slot ini disediakan bagi membantu ahli-ahli AKRAB untuk mempertingkatkan kemahiran dalam membimbing client ke arah pengurusan minda yang lebih positif. Sebagaimana yang sering ditekankan, peranan ahli-ahli AKRAB adalah untuk membantu client celik minda dalam menyelesaikan masalah mereka.
iv. Mantap AKRAB 4 : "Chicken Soup For The Soul"
Dikendalikan Oleh : Puan Yuzawati Yusof dan Puan Harzurita Hassan
Slot ini memerlukan semua peserta Retreat untuk berkongsi kisah atau pengalaman masing-masing yang boleh dijadikan sebagai panduan atau ikhtibar kepada orang lain. Melalui slot ini pelbagai kisah dan pengalaman suka dan duka telah dikongsi oleh para peserta. Melalui perkongsian ini, ahli-ahli AKRAB telah mempelajari bagaimana menjadikan sesuatu kisah atau pengalaman hidup itu sebagai satu perkara yang positif untuk melangkah dengan lebih berkeyakinan. Keadaan ini boleh diterapkan kepada client dalam membantu mereka menangani apa sahaja isu yang dihadapi.
v. Mantap AKRAB 5 : Peranan AKRAB Dalam Pembentukan Modal Insan
- Perkongsian Kes & Cetusan Minda
Dikendalikan Oleh : Tuan Selvadorai a/l Krishnasamy,
Penolong Kanan Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Slot ini adalah merupakan perkongsian kes daripada Tuan Selvadorai yang merupakan antara AKRAB Cemerlang peringkat kebangsaan. Melalui slot ini beliau telah berkongsi pengalamannya dalam menjadikan AKRAB sebagai satu medium ke arah perhubungan di tempat kerja yang lebih harmoni.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) AKRAB.