dsc 0874

 

 

 

Program : Bengkel Pengukuhan Nilai Bersama PKNS AKRAB Sebagai Juara Perubahan (Change Champion)

Tarikh : 12 – 14 Februari 2018

Tempat : Kem El-Azzhar, Banting, Selangor

Penganjur : AKRAB PKNS

Nilai Bersama PKNS yang baharu ini telah dilancarkan oleh Y. Bhg. Ketua Pegawai Eksekutif di dalam perhimpunan bulanan khas PKNS pada 08 Januari 2018. Lanjutan dari itu, bagi tujuan membudayakan Nilai Bersama PKNS sesuai dengan motto “Ingat dan Budayakan”, beberapa peranan telah dibentuk dalam usaha membantu menjayakan objektif pelaksanaan Nilai Bersama PKNS di mana antaranya AKRAB merupakan pemegang peranan sebagai Juara Perubahan (Change Champion) yang membantu melaksanakan program yang telah diluluskan oleh Ketua Bahagian serta menjadi contoh dalam pelaksanaan program Nilai Bersama.

Pada 12 – 14 Februari 2018, PKNS telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Nilai Bersama PKNS bertujuan memperkukuhkan peranan ahli AKRAB sebagai Juara Perubahan. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh seramai 38 orang ahli AKRAB PKNS. Di kesempatan yang ada, 4 modul berkaitan Nilai Bersama PKNS telah berjaya dijalankan dengan jayanya iaitu Modul Nilai Professional, Modul Sinergi Berpasukan, Modul Komited Ke Arah Kecemerlangan dan Modul Pelanggan Diutamakan.

Konklusinya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan berkait rapat dengan Nilai Bersama PKNS membolehkan ahli-ahli AKRAB memperkukuhkan peranan mereka sebagai Juara Perubahan. Dengan berlangsungnya bengkel ini juga, program atau aktiviti Nilai-Nilai Bersama PKNS akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di masa akan datang.