IMG1

Aktiviti : Program Corporate Social Responsibility (CSR) Ahli AKRAB Baru PKNS 2018
Tarikh : 21 Oktober 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Taska Mutiara PKNS, Ibu Pejabat PKNS, No 2 Jalan Indah 14/8 Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kelolaan : AKRAB, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 

Laporan : 

Lawatan CSR Ahli AKRAB Baru PKNS ini diadakan di Taska Mutiara PKNS di Ibu Pejabat PKNS Shah Alam. Kami terdiri daripada 13 orang Rakan Ahli AKRAB Baru PKNS disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa AKRAB PKNS seramai 4 orang dan pihak pengurusan Taska Mutiara PKNS yang terdiri daripada pengurus serta tenaga pengajar taska menjalankan misi melukis lukisan serta mengecat mural di dinding taska dan membuat beg daripada baju atau t-shirt yang terpakai pada 21 Oktober 2018. Taklimat dan penerangan misi program khidmat masyarakat ini diberi oleh Timbalan Pengerusi 1 Puan Yuzawati binti Yusof dan disambung oleh penyelaras AKRAB PKNS Encik Mohd Zahirudin bin Ahmad mengenai perjalanan program seharian. Program bermula jam 9 pagi selepas taklimat dan sarapan pagi. Peserta terbahagi 2 kumpulan yang mengendalikan lukisan serta mengecat mural dan membuat beg daripada baju atau t-shirt yang terpakai. Sebelum melukis dan mengecat mural di dinding taska, urusetia telah berbincang bersama pihak pengurusan taska dinding yang mana sesuai untuk di lukis dan dicat. Pihak pengusan taska telah bersetuju untuk melukis dan mengecat di 3 dinding utama iaitu ruang makan kanak-kanak, ruang permainan kanak-kanak 3 tahun dan ruang belajar kanak-kanak 4 tahun. Membuat beg menggunakan baju atau t-shirt yang terpakai telah siap jam 1 petang sebelum makan tengah hari. Peserta yang melukis dan mengecat mural dapat menyiapkan keselurusan pada jam 5 petang. Proses pembersihan segala aktiviti yang dilaksanakan pada hari kejadian dapat diselesaikan sehingga jam 6 petang dan diakhiri pertemuan kesemua peserta dengan minum petang.